Nov 07, 2024 - FASHari ini, Selangor FC terbang ke Korea Republik bagi memulakan perlawanan kedua saingan AFC Champions League Two (ACL2) 2024/25 Kumpulan H, bertemu Jeonbuk Hyundai Motors FC pada jam 6 petang (waktu tempatan), di Stadium World Cup Jeonju, Korea Selatan.
Selangor FC telah diundi dalam Kumpulan H bersama tiga kelab daripada tiga negara yang berbeza, Muangthong United F.C. (Thailand), Jeonbuk Hyundai Motors (Republik Korea) dan Dynamic Herb Cebu FC (Filipina) bagi mengharungi Kumpulan H ACLTwo.
Skuad Gergasi Merah telah mendahului Kumpulan H dengan tujuh mata, diikuti Jeonbuk Hyundai Motors di tempat kedua dengan enam mata, kemudian Muangthong United F.C. dengan dua mata dan Cebu F.C. di tempat keempat dengan satu mata.
Menurut Abditaah Hassan, Ketua Jurulatih interim Selangor FC, tahu akan kualiti yang dimiliki pasukan lawan tetapi tegas mahukan kemenangan.
“Tumpuan kami terus tertumpu untuk perlawanan ini selepas menang menentang Kedah Darul Aman minggu lalu. Sudah tentu, kami menyaksikan perlawanan terakhir mereka, berakhir dengan keputusan seri, namun ini bukanlah pengukur kerana mereka mempunyai sejumlah besar pemain yang berkualiti, kita tidak tahu siapa yang akan memulakan perlawanan kerana kedua-dua pasukan mereka sangat bagus. Bagaimanapun, kami berada di sini untuk memberi mereka perlawanan yang baik, menjaringkan gol dan mendapatkan keputusan yang baik,” kata beliau.
Nikola Jambor, pemain import baharu Selangor FC mahu mengekalkan kedudukan pertama, “Kami menjangkakan perlawanan yang sukar terutamanya bermain di hadapan penyokong mereka di stadium mereka sendiri tetapi kami berhasrat untuk kekal mendahului Kumpulan H dan kami akan cuba melakukan segala yang kami mampu untuk merealisasikannya.”
Bagi keberadaan pemain, Safuwan Baharudin tidak dapat diturunkan kerana demam. Sharul Nazeem pula mengalami kecederaan di bahagian quadriceps dan Noor Al-Rawabdeh mengalami kecederaan Ligamen Krusiat Anterior (ACL).
Pihak pengurusan Selangor FC percaya akan persiapan pasukan menentang pasukan Jeonbuk Hyundai Motors FC pada petang ini. Ayuh, Gergasi Merah Ku!
Demi Kebanggaan!